20 February 2010

Pernah dengar Zarina Mohd Yaacob menyanyi?

Pagi tadi masuk ofis. Lepas sarapan kat satu kedai yang mengalami krisis identiti kaunter - dapur roti canai. Cerita la sikit ok.

Niat asal kami nak makan kat Behrang Station mengalami masalah teknikal Kedai tu tutup, membuatkan aku and Kak Ina melencong ke kedai di belakang pulak. Ingat nak makan roti canai, tapi aku dok tinjau2 dalam kedai, tak nampak plak bukti kewujudan pembuatan roti canai such as kuali leper, doh...what-so-ever. Akhirnya aku pujuk diri sendiri, ambil nasi lemak.

Masa nak bayar, bila kami tanya mana kaunter, kakak tu tunjuk kat belakang.. Ok. kaunter, instead di pintu masuk..tapi tauke kedai beranggapan lebih sesuai diperosok dalam kedai. Aku and K.Ina pun menuju ke satu meja. Dan lepas 6 saat di depan meja tu, baru aku perasan, meja ala-kaunter tu ialah dapur BUAT ROTI CANAI. Hah?! Mana kaunter pembayaran....? Tu..kat belakang daripada dapur buat roti canai tu. Meaning, hampir-hampir ke belakang kedai! Ok, thats funny.

Sambil bayar, aku dok mengintai meja tempat orang tebar roti canai tu. err...conclusionnya, pemilik kedai tu memang perlukan nasihat perundingan tentang susun atur kedai. Bayangkan kaunter pembayaran sangat jauh hampir-hampir masuk ke ruangan memasak! Nasib baik dorang tak letak betul-betul belakang kedai, tempat potong ayam, kan?

Kul 9am, sampai ofis. Tengah buat-buat kerja tu, Radio Sinar FM tengah on satu lagu yang aku dah beberapa kali dok dengar tapi tak dapat catch, penyanyi or tajuk lagu. Aku inform K.Ina..sebab aku rasa lagu ni 80's. Malang, Kak Ina tak familiar lagu ni.

To make the story short, isu lagu ni sampailah ke rumah Kak Yati di Tmn Bahtera. Demi nak suruh Ajid and Kak Zura teka nama penyanyi or tajuknya, Kak Ina telah menyumbangkan suaranya. Melodinya memang lebih kurang sama, cuma aku tak dapat terima bila sampai kul 9.45malam ni aku masih terngiang-ngiangkan suara Kak Ina nyanyi lagu ni. Hoh!

So, kul 9.50malam, aku terus search lagu ni kat Google berpandukan lirik-lirik yang dinyanyikan oleh Kak Ina. Dapat. Download. Terus capai handphone and mesej K.Ina..lega sebab dapat meng-nyah-hapuskan suara Kak Ina dari halwa telinga.

Good news: Dah dengar versi asal, so replace versi Zarina.

And the bad news is : "Takpe, esok Kak Ina nyanyi lagi untuk Zura. You can't run away from me". What??!! "Sekali package dengan lagu Herman Tino..." Itu SMS dia pada aku. Esok aku pasti demam bila dia dendangkan lagu ni sambil gerak-gerak badan....

So, aku uploadkan videoclip lagu ni. Nice and sweet song. Sangat 'lama-lama' gitu fesyen rambut, baju, skirt and if u stay long watching this clip..ada part tengah-tengah tu gambar penyanyi ni kat tasik. Huhuhuu..semestinya bukan Tasik Proton City. Tasik Shah Alam kot. Huuu...oldiesnya.



Dan aku akan dengar semula versi Kak Ina esok. Hahahaha~

p/s : Selain kedai makan kat Behrang Station tu, Secret Recipe Tanjong Malim pun mengamalkan konsep "Sila bayar Di Kaunter. Kaunter kami di belakang~hampir-hampir nak masuk ke dapur" Eeeuuu..sangat tak sesuai, kat situ la nak pilih kek, situ la beratur nak bayar dan situ jugaklah berselisih bahu dengan pekerja-pekerja dia. Yang benar, customer.

19 February 2010

Tips hadapi masalah parking.

Yup! tajuk entri paling jelas, terang dan tanpa selindung atau berkias-kias.

Balik daripada bercuti panjang ( 13 ~ 16 Feb 2010) akhirnya menjejakkan kaki semula ke ofis tersayang. Ulang-alik dari Library untuk handle Induksi dan kadang-kadang menjenguk kawan-kawan yang pulun buat KPI di Bitarasiswa. Canselori - Library - Bitarasiswa - Canselori semula. Aku drive kereta..ketidaksanggupan untuk berjalan kaki.


Walaupun aku akan sacrifice parking aku yang sangat strategic di tepi Canselori! Last-last parking la bawak pokok tepi jalan nuuuunnnn di sana! Menangis!

So, semakin berkobar-kobar untuk melaksanakan idea aku yang dah setahun dalam fantasi. Kak Zarina lah tempat aku selalu meluahkan idea ni.

TIPS Pertama:
Beli cone - mini cone pun ok. Asalkan berbentuk cone la. Warna oren yang biasa kita lihat kat tepi-tepi jalan tu. Boleh beli 2 atau 3. Lagi baik klo ada pakej beli 5 percuma 1 macam Maggi. Boleh bagi kat kawan-kawan lain. (p/s: Aiskrim Corneto Mini-cone DILARANG..melt!)
Lagi bagus ada signboard Under Construction.

Letak dalam boot kereta. Bawak kemana sahaja stering dipulas, pedal minyak ditekan.

Once kite keluar je dari current parking tu, kite letakkan cone dan signboard tu.


Walaupun sesesak mana parking lot tu, tempat kite takkan diusik. Tips ini hanya sesuai untuk tuan punya kereta yang tiada reserved parking seperti boss kita. Hahahaha..


TIPS Kedua:
Amek cat warna kuning, tulis sendiri nama and PTj kat parking lot tu. Siap sign "Peace No War".
Hoh..! Suke-suke hati ko je ye!

As I said, dalam fantasy.

sok-sek : dengar-dengar Staff of the month akan direserved-kan parking lot selama sebulan. Huiyoooo...

12 February 2010

Little update : Sahnawan's.

Sahnawan dah menamatkan pengajian beliau di UPSI. (giler skema ayat).

So, petang semalam dia buat ayat merajuk sebab aku dah lama tak melawat dia kat umah dan paling kronik aku ter'mungkir janji nak jogging dengan dia kat Proton City sampai 8 kali dia cukur janggut menunggu 8 kali Khamis.

Malam tadi kitorang kuar la. Aku open table walau pun kat Pyorr tu tables nya dah sedia open, tak payah la aku nak gi stor dorang, amek table dan tolong openkan. Aku pulak rasa nak merajuk bile topik GENTING HIGHLAND dibuka. Sampai hati lupakan adik sendiri bila part berfoya-foya di Genting Highland!

Kemudian, aku di ceramah tentang topik teori topi dan teori kasut selama 30 minit. So, masih terngiang-ngiang 6 warna topi - hitam, putih, kuning, merah, hijau dan biru. Kemudian terbayang-bayang Syah menerangkan dengan sepenuh hati teori kasut. Aku hanya ingat selipar merah jambu, kasut tunggangan ungu dan snikers kelabu.

Selebihnya, aku menjeling pada sepasang pelanggan kedai makan tu yang sangat penuh dengan aksi kelakar. (abang, u know what i meant!)

So, gud luck to you. Sahnawan is a teacher!? Hahahaha..salah satu topik semasa reunion nnt.

BTW,
Setakat ni confirm mini reunion BBA UPMKB wud be held as details:

26 Februari 2010
KLCC


"akulah superman yang menjaga keselamatan ATM ini...!" Jerit Sahnawan sambil menunjukkan gayanya. Memang gaya seorang ayah 3 orang anak...

Dia tak percaya aku kata dia semakin 'gebu'..


Rumah aku melepak esp klo ada episod makan-makan..

Sesape berminat nak duk umah abg aku? Umah dia ada cermin dan lampu makan IKEA.

Pokok kesayangan Syah!

07 February 2010

Picture lama keluar dari kotak...


Semester 1 atau 2 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Muka-muka putera-puteri harapan bangsa! Sangat muda belia....sweet! Hahaha!

melihat pula komen-komen mereka di FaceBook....! Sangat merindui mereka. Yang pasti, waktu ini aku sangat tak suka dengan mamat nama Syed Ahmad Abdillah. Perasan handsome. Oh, aku tak nak sebut negeri kelahiran dia, nanti dikatakan racist. Tak sanggup ditahan, digari seperti Aduka Taruna. Hahaha.


Antara dialog pilihan:

Hadi Khayalan buli Fifi Perut Cute? (dah lama tak guna panggilan fifi perut cute).
Tambahan buat fifi...

Hahahaha. Panjang lagi list tu...cuma dah tak sanggup nak pamerkan disini... ! hahahaha!

berkata-kata tentang Aduka Taruna, sekarang mengharapkan si Lynette Lincoln dan Joanna Ann menjadi bahan utama berita utama TV3 kerana menghina Islam.

Mind your words!

06 February 2010

Therapy : Shopping.

Marah.

Maybe semalam aku tiba-tiba penat tahap gaban. Ingat kan bila dah due date sesuatu kerja (and of course I'll give all the best la, well...azura baby! Azura!). Bila dah happy dengan kerja yang tidak melebihi due-date, tibe-tibe two week after that... same task given. Actually, have to edit it because of I ada somethg yang more colourful than before. (ape aku merepek ni? OK..! Great!). Aku tak marah lagi, cume..."what?" Congratulation Azura!

Then, dalam penat tu..somthg hit me again. Ah, hello....! Penat..penat..penat. Salah time cerita itu menjadi halwa telinga. It's not a jokes, bro!

Maaf, aku create blog ni bukan untuk melampiaskan kemarahan pada orang lain yang takde kena mengena dengan pembikinan blog ini. So, topik utama ialah:

BAGAIMANA MEREDAKAN SEMUA SAKIT HATI DAN RASA MENYAMPAH YANG MEMBEBANKAN JIWA!

So, dengan tak pasal-pasal...aku ajak Dewi gi berfoya-foya di pesta depan BITARASISWA dan Pesta di KUO. Tiba-tiba ada pesta. Aku tak peduli la ape pun tema pesta tersebut, yang penting sistem jual-beli dan cuci mata boleh dijalankan tanpa ada halangan. Satu-satunya halangan yang ada ialah hari itu ialah 2 hari sebelum gaji Februari akan masuk. Tapi, anggap je tiada halangan sebab aku tetap akan spent each and every cent yang aku ada.

Dua jam melilau sana-sini, akhirnya aku hanya mampu memperabihkan RM50.00. Tiba-tiba dapat menambahkan lagi koleksi tudung. 2 tudung simple-untuk-keluar dan sehelai t-shirt gambar Patrick. Hahaha..sangat comel.

Yes. Gambar pakcik sekor ni!

Balik kul 10.30mlm, tengok tv sambil makan potato wedges + sos and mayo...pastu bump! Tidur. Sangat bahagia.

Hari ni, masuk ofis and siapkan ape juga yang pending. So, Isnin nanti masuk kerja dan wajib bukak Maybank2U untuk mengurangkan gaji bulan Februari.

p/s - Dapat tugas khas dari K. Fiza. Planning reunion. Ksli ni aku dapat tag-team. Yan.. YAN!!??

01 February 2010

Gaji bulan pertama 2010.

Maka, separuh gaji disalurkan ke ekonomi negara. Semoga ekonomi Malaysia semakin cemerlang, gemilang dan terbilang.

Shopping + wayang.
Hari yang sangat indah. Dapat belanja Aty APA SAHAJA YANG DIA NAK DENGAN 1001 SYARAT! HAHAHAHA! Apepun, dia dapat juga 2 helai t-shirt di JUSCO. Aku juga sempat capai 1 sling bag untuk diri sendiri and untuk mama 1 tote bag yag sangat matching dengan tudung ariani yang Ila beli last week. Oppss...JUSCO = Hari tanpa beg plastik!

Aku pulak dapat bermacam-macam. Yang paling ketara, dompet semakin nipis. TAHNIAH!
Jammed! Tak suke!
Teruja mengambil gambar sendiri!
Sangat rambang mata mencari kasut yang sepadan dengan gelora di jiwa!

*geram*

Ok. Cik Kucing besar pakai rantai macam aku pakai.

Time makan. BBQ Chicken.

Cik Kak sorang ni memang kuat makan. Huh...

Time balik, mama bagitau dorang sume (mama, papa, abby, amin and adik) kat kedai makan. Kami pun singgah dan mama terpaksa belanja kami makan...lagi. Kami memang anak-anak yang bertuah.

Ahad?
Adik-adik lelaki aku gi mandi sungai. Aty lak kerja. Aku tinggal di rumah dengan mama and papa. Remote ASTRO di tangan. Layan CSI sepanjang hari. Sangggggaaaaaatttt best!

***************************************************************************

Salah satu barang yang aku beli kat One Utama hari tu:

Little pinky soft toy for handphone holder.


Kak Ina kata ini adalah "menggedik tahap 1st degree." Well...dia jeles!