09 March 2015

Menjejaki handfhone yang hilang

Hai. Salam to all.

Ada satu tips nak kongsi ni. Atau, sebenarnya Cik Bunga yang baru tahu. Hahaha.. Tak kira, nak kongsi jugak. At least, kalau benda ni jadi lagi kat Cik Bunga, cepat - cepat Cik Bunga tengok balik post ni.

Tips ni juga sangat bermakna buat ibu - ibu dan bapak - bapak di luar sana. Especially yang ada anak - anak sedang giat membesar. Plus, si kecil ini suka 'sorokkan' telefon anda.

Kisahnya begini.
Kisah 1) Anda silent handfhone. Si kecil ambil dan main - main dengan handfhone anda. Memandangkan anda adalah ibu dan bapa mithali, anda relakan. Anda pun leka mengemas rumah, masak nasi, basuh kain baju, kemas mainan itu ini.....dan pada malam hari anda baru teringat handfhone anda. Tapi, di mana ye? Tanya si kecil, dia hanya tersengih comel. Anda jenuh menyelongkar setiap inci rumah, namun tiada kelihatan. Nak call pun tiada gunanya, sebab telefon anda dalam mode SILENT.

Kisah 2) Anda beri anak anda melihat cerita Upin Ipin di telefon anda. Dalam kelekaan anda mengemas rumah, anak anda telah tanpa sengaja men-silent-kan telefon anda, menyorokkannya dalam peti harta karun Pirate Carribbeannya dan tersengih bila anda tanya "Mana handfhone mummy / daddy, cayang?"

Sebelum itu, tips ini hanya terpakai untuk pengguna Android. Maaf, pengguna Nokia 3310 tidak boleh lagi menggunakan tips ini. Maaf. Terpaksa bias. Maaf lagi. Anda harus teruskan mencari Nokia 3310 tersebut. 

Ok. Now, pi cari laptop.

Log in --> https://www.google.com/android/devicemanager atau KLIK SINI

Then, kena SIGN IN email (GMAIL) dan password yang korang gunakan untuk aktifkan telefon dahulu dan akaun yang sama untuk mula gunakan Google Play.

Akan keluar kotak ni : 
 Nampak tab RING, SET UP LOCK & ERASE.

RING : Tekan tab ni. Handfhone anda yang entah di mana itu akan berbunyi pada volume tertinggi di puncak awan walaupun dalam mode SILENT. Dalam masa 5 minit, sila bergegas pi cari handfhone bertuah tu. Adeh!

Sebelum gunakan 2 function ini, anda perlu setup dahulu. Just klik SET UP LOCK & ERASE seperti di atas, satu notification akan dihantar ke telefon untuk access permission. Just Accept.
 
LOCK : Kalau anda syak handfhone anda hilang bukan dalam kawasan jajahan anda, tertinggal dalam tren KTM ke, dalam mesyuarat ke, dalam kelas ke, dalam tandas masjid ke....OK, LOCK telefon tersebut. So, sesiapa yang menjumpainya kena telefon anda untuk memulangkannya. Tiada cara lain. 

Sila buat setup ini ketika anda menyedari kehilangannya. Tapi kalau hilang dalam rumah, sila rujuk Tab RING.




ERASE : Dah buat LOCK, handfhone anda tetap tidak dipulangkan. Ok, sila ERASE semua data dalam handfhone tersebut. Klik ERASE. Semua data seperti no telefon awek - awek, gambar - gambar dan mesej - mesej akan dihapuskan seperti baru keluar dari kilang.


Dah siap ERASE, kemudian baru terjumpa di bawah lipatan kain baju yang menggunung tak lipat sejak 3 minggu lepas... Hahahaha! Pada muka! Perasan hilang masa pi masjid, konon! 

Well, itu sahaja yang nak disampaikan melalui segmen "Tips Kali Ini".

Adios!

No comments:

Post a Comment